Saturday 10 September 2011

TEKNIK MEWARNAKAN PEPEJAL PLATONIK



·         Dua permukaan yang mempunyai sisi yang sama diwarnakan dengan warna yang berbeza.
·         Permukaan yang berkongsi bucu yang sama dengan permukaan yang lain boleh diwarnakan dengan warna yang sama.
·         Kelima-lima pepejal platonic solid diwarnakan dalam susunan warna yang unik.

BILANGAN WARNA DAN CARA UNTUK MEWARNAKAN PEPEJAL PLATONIK

Dua Warna :
Hanya terdapat satu cara untuk mewarnakan octahedron dengan menggunakan dua warna, (Ball and Coxeter 1987, pp. 238-239.

Tiga Warna Bebeza :
Hanya terapat satu cara untuk mewarnakan kubus, (Ball and Coxeter 1987, pp. 238-239). Terdapat 144 cara untuk mewanakan icosahedron dengan menggunakan tiga warna (Ball and Coxeter 1987, pp. 239-242).

Empat Warna Berbeza:
Hanya terdapat dua cara untuk mewarnakan tetrahedron. Terdapat empat cara untuk mewarnakan dodecahedron dengan menggunakan cara enantiomorphous, (Steinhaus 1999, pp. 196-198; Ball and Coxeter 1987, p. 238).

Lima warna :
Terdapat empat cara untuk mewarnakan icosahedron dengan menggunakan lima warna.

Enam warna :
Terdapat 30 cara untuk mewrnakan cube dengan menggunkan enam warna, (Steinhaus 1999, p. 167).

Sunday 7 August 2011

TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN DAVID AUSUBEL

David Ausubel merupakan seorang ahli psokologi amerika dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran dalam pendidikan sains.  Beliau terkenal dengan teori pembelajaran secara penerimaan. Menurut beliau pembelajaran bermakna apabila bahan pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Bahan yang bermakna ini pula tergolong kepada dua aspek iaitu, teks pengajaran dan juga aspek penyampaian ilmu oleh guru. Menurut Ausubel gabungan kedua-dua aspek ini menjadikan bakal menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Hal ini demikian kerana, murid memperolehi banyak maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang berkesan iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.

Menururt Ausubel, pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana murid itu sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamannya. Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang dipelajarinya juga adalah bermakna untuknya. Sekiranya murid hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, maka hasil pembelajaran adalah berupa hafalan dan tidak bermakna. Menurut Ausubel, terdapat dua syarat untuk menjadikan pembelajaran nelalui penerimaan ini menjadi bermakna. Syarat pertama ialah, murid mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran. Manakala syarat kedua pula ialah pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif murid harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

Ausubel juga menggariskan beberapaperkara yang mengganggu pembelajaran yang bermakna antaranya peringkat perkembangan kognitif murid yang masih rendah bagi memahami konsep pembelajaran yang lebih kompleks. Kekurangan motivasi untuk mendorong murid supaya dapat mempelajari konsep pembelajaran dengan bermakna. Stategi pembelajran secara menghafal formula, teori, definisi, langkah-langkah penyelesaian masalah akan mengganggu pembelajran bermakna kerana ia hanya menggalakkan pembelajran secara hafalan yang tidak bermakna.

Disamping itu, Ausubel berpendapat, pembelajaran adalah bergantung kepada pengetahuan asas samaada dalam bentuk pengetahuan sedia ada dan persembahan maklumat umum. Ini adalah kerana pengetahuan sedia ada dapat membantu seseorang memahami sesuatu topik pembelajaran yang sedang dipelajarinya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sudah memahami konsep penambahan dalam matematik apabila diajar mengenai pendaraban, mereka akan lebih mudah memahami konsep pendaraban berbanding murid-murid yang belum menguasai konsep penambahan. Murid-murid yang sudah mempunyai pengetahuan sedia ada menegenai konsep penambahan akan mudah memahami bahawa pendaraban adalah satu proses penambahan sesuatu bilangan secara berterusan. Murid yang telah mempunyai pengatahuan asas dan maklumat umum mengenai sesuatu topik yang sedang dipelajarinya lebih mudah memahami topik pembelajaran itu kerana mereka mampu untuk mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang mereka miliki.

Kajian Ausubel telah mengahasilkan satu konsep penting dalam pengajaran pembelajaran iaitu, Advance Organizer. Advance Organiser (AO) bermaksud pengurusan atau pendedahan awal. Menerut Ausubel, AO perlu diberikan kepada murid sebelum sesuatu pengajaran sebenar dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan murid mendapat pendedahan awal mengenai topik pengajaran yang akan berlaku selepas ini. Selain itu, AO juga membolehkan murid mempelajari perkara-perkara asas yang berkaitan dengan topik yang bakal dipelajarinya nanti. Memahami perkara-perkara asas mengenai topik pembelajaran yang akan dipelajari akan membantu murid untuk memahami topik pelajaran sebenar secara lebih mendalam. Sebagai contoh guru ingin mengajar topik ukuran kepada murid. Oleh itu, guru harus memastikan murid-muridnya dapat membuat perbandingan terhadap saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan unit ukuran. Contohnya, guru memberikan beberapa kayu yang berwarna dan berlainan saiz kepada murid. Murid dikehendaki membanding bezakan kepanjanagn kayu tersebut dengan dibimbing oleh guru untuk menyebut perkataan seperti, “kayu merah lebih panjang daripada kayu hijau”, “lilin kuning lebih pendek daripada lilin biru”,dan pokok kelapa lebih tinggi daripada pokok limau. Kebolehan untuk memenyususn dan membandingkan benda mengikut saiz panjang adalah kefahjaman asas yang perlu dimiliki oleh murid untuk mempelajari tajuk ukuran.
Terdapat dua jenis AO yang diperkenalkan oleh Ausubel. Iaitu, AO perbandingan atau komparatif dan AO ekspositori. AO perbandingan merujuk kepada perkaitan antara maklumat baru dengan maklumat sedia telah dimiliki oleh murid. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh murid untuk mempelajari maklumat baru. Manakala AO ekspositori pula diberi oleh guru jika murid belum mempunyai pengetahuan sedia ada meneganai topik pemblajaran yang bakal dipelajari. Dengan kata lain, AO ekpositori merupakan maklumat umum yang diberikan kepada murid selum pembelajaran maklumat khusus. Ia bertujuan memudahkan murid untuk menerima maklumat baru kelak.

David Ausubel telah mengemukakan stategi pembelajaran penerimaan yang bermakna. Melalui stategi ini, guru merupakan individu yang memainkan peranan penting bagi membina stuktur kognitif murid. Pengajaran harus bercorak daripada sesuatu yang umum kepada khusus dengan menggunakan AO. Stategi pembelajaran adalah seperti berikut:

1.    Persembahan Advance Organiser.

Persembahan AO dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti pernyataan, perbincangan pembelajaran yang berkaitan dengan topik baru yang bakal dipelajari dan juga memperkenalkan bahan-bahan baru yang bakal digunakan oleh murid dalam pembelajaran seterusnya. Tujuan utuma mempersembahkan AO ialah untuk menggerakkan struktur-struktur kognitif murid yang sedia ada supaya pembelajaran baru dapat diintergrasikan dengan pengetahuan sedia ada murid. Sebagai contoh, guru ingin mengajar topik betuk kepada murid-murid. Guru perlu memperkenalkan kepada murid bentuk-bentuk asas seperti segi empat, segi tiga dan juga bulat. Contoh yang diberikan mestilah berbentuk konkrit selain ia merupakan benda yang berada disekeliling mereka seperti bola yang boleh digunakan untuk menggambarkan bentuk bulat. Selain itu, guru-guru  harus menyoal mereka mengenai  bentuk-bentuk yang mereka tahu. Kaedah ini akan membantu guru untuk mengetahui pengetahuan yang sudah dimiliki oleh murid-murid mereka.

2.    Perhubungan Konsep

Bagi menjadikan sesuatu pembelajaran itu bermakna, guru mesti menolong muridnya menggabungkan sturuktur kognitif sedia ada dengan struktur yang baru diajar. Pembelajaran yang baru mestilah dikaitrapatkan dengan dengan struktur kognitif yang telah mereka miliki.

3.    Pembezaan progresif

Pembezaan progresif merupakan persembahan bahan-bahan terancang daripada umum kepada ciri-ciri spesifik dan lebih terperinci. Contohnya, guru hendak mengajar mengenai ciri-ciri segi empat. Terlebih dahulu guru perlu memperkenalkan konsep sisi segi empat. kemudian memperkenalkan ciri-ciri spesifik bagi segi empat.

4.    Penyesuaian secara intergrasi

Tajuk-tajuk pembelajaran yang ingin diajar oleh guru perlulah diubahsuai dan diintergarsikan dengan maklumat yang telah dipelajari dahaulu. Ini bertujuan supaya topik pembelajaran yang baru boleh dihubungkaitkan dengan topik pembelajaran yang telah dipelajari oleh murid sebelum ini. Penyesuaian intergrasi melibatkan perkaitan fungsi atau peranan antara kedua-dua topik pembelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contoh, murid menghubungkaitkan unit-unit ukuran yang diajar oleh guru dengan proses menyukat cecair.

Sunday 24 July 2011

IKLIM-IKLIM SEKOLAH YANG DAPAT MENYUMBANG KE ARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG HARMONI DAN SEIMBANG.

Milandows said:

Malaysia merupakan sebuah Negara yang rancak membangun dari pelbagai aspek. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan pemerintah untuk memajukan Negara Malaysia antaranya ialah melancarkan Wawasan 2020 yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh hal yang demikian, Negara sangat memerlukan modal insan untuk merealisasikan impian dan cita-cita tersebut supaya menjelang tahun 2020 nanti, kita tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga mahir dari luar untuk memajukan Negara tercinta ini. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia bematlamat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis bagi mengisi keperluan dalam Negara. Sekolah merupakan tempat yang terbaik untuk dijadikan kilang pengeluar modal insan yang berpotensi tinggi dalam memajukan Negara. Justeru, iklim disekolah perlu berada dalam keadaan yang cemerlang bagi menjayakan hasrat ini. Hal ini demikian kerana, menurut Howard (1974) iklim sekolah ialah keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Jika keadaan iklim sekolah berada dalam keadaan yang baik maka sudah semestinya dapat menghasilkan murid-murid yang seimbang dan harmonis.

Halpin dan Croft (1963) merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana seorang guru berusaha untuk mencapai tahap organisai iklim sekolah berkenaan. Manakala mengikut Moss (1979), Iklim sekolah didefinisikan sebagai suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) pula mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui risalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Visi, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah mendefinasikan insan yang seimbang dan harmonis sebagai insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat berkerjasama dengan orang lain.

Iklim Sekolah yang Terbuka

Iklim sekolah yang terbuka ialah dimana keadaan disekolah itu sentiasa hidup dan bersemangat. Iklim seperti ini akan menggalakkan murid untuk bebas berinteraksi sesama murid dan juga bebas berinteraksi dengan guru. Apabila murid berasa bebas untuk berinteraksi maka akan berlaku komunikasi secara sihat dan murid tidak takut untuk mengajukan soalan-soaln kepada guru dan juga kepada rakan-rakan mereka. secara tidak langsung kemahiran komunikasi murid-murid akan meningkat. Selain itu, iklim yang terbuka akan menjadikan murid bebas untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Ketika aktiviti sukan sekolah, setiap daripada mereka berpeluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Murid-murid akan berasa seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan kerana mereka boleh menyertainya secara aktif. Nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, kerjasama, teamwork, toleransi akan terbina sepanjang aktiviti-aktiviti seperti ini. murid-murid akan menyertai pertandingan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan rumah sukan mereka menang. Maka akan lahirlah murid-murid yang memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas serta mereka boleh berkerjasama dengan orang lain dalam satu pasukan.

Bagi pihak guru pula, iklim sekolah yang terbuka akan membina suasana kerja yang mesra dan tenteram. Guru-guru akan berasa tenang untuk berkerja dan seterusnya mereka dapat mengambil perhatian terhadap kemajuan murid-muridnya. Keadaan ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Halpin dan Croft (1963) yang mengatakan salah satu ciri iklim sekolah yang berkesan ialah apabila guru-guru berasa tenteram dan mengambil perhatian terhadap kemajuan murid-muridnya. dengan itu, guru-guru akan sentiasa memberikan khidmat terbaik semasa berkerja. Apabila guru-guru mengajar dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan pedagogi yang tepat, maka kesan yang positif akan diterima kepada anak murid. iklim sekolah yang terbuka seperti inilah yang bakal melahirkan murid-murid yang aktif, berdedikasi, berkerjasama, berkreativiti tinggi, bermotivasi dan berinsiatif tinggi.

Iklim Sekolah Yang Ceria
Iklim sekolah yang ceria lebih menjurus kepada aspek fizikal sekolah tersebut. Keceriaan sekolah meliputi kebersihan sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang sempurna, suasana yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran serta keindahan sekolah. Iklim sekolah yang ceria amat penting untuk melahirkan susana pembelajaran yang kondusif. Suasana pembelajaran yang kondusif akan merangsang minat belajar para murid. Sebagai contoh, kelas yang tidak mempunyai kelengkapan yang cukup seperti kerusi dan meja akan melahirkan rasa tidak selesa pelajar untuk belajar. Ditambah pula dengan keadaan kelas yang berhabuk dan kotor sudah semestinya akan menggangu proses penyampaian ilmu oleh guru. Berbeza dengan keadaan kelas yang meja-mejanya dibalut, papan tanda dihias dengan menarik, susunan mejanya teratur, kelengkapan-kelengkapan asas berfungsi dengan baik dan keadaan kelas yang bersih dan ceria sudah pasti akan suasana yang dapat menaikkan semangat murid untuk belajar. Susana sekolah yang ceria dan kondusif dapat melahirkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Iklim Sekolah Yang Mesra
Iklim yang mesra ialah keadaan anggota sekolah saling hormat-menghormati dan hidup dalam satu kerukunan yang utuh. Iklim yang mesra memiliki guru-guru yang baik budi pekertinya. Apabila murid mempunyai masalah, guru-guru tidak lokek untuk memberi bantuan. Murid-murid pula bergaul sesama pelajar secara sihat. Mereka menuturkan kata-kata yang sopan apabila bercakap sesama sendiri. Apabila guru dan pelajar bertembung, murid dengan rasa hormat memberikan ucapan salam kepada guru-guru mereka. senyuman pula tidak lekang daripada bibir guru-guru. Budaya-budaya mesra seperti ini akan mewujudkan suasana interaksi yang sihat didalam sekolah. Murid-murid yang dididik dalam suasana seperti ini pula akan memiliki sifat peribadi yang unggul. Selain itu, buaya mesra antara guru dan pelajar akan mengindarkan rasa malu murid untuk bertanya soalan-soalan kepada guru-guru mereka.  
Iklim yang Memberi Galakan Pelajar-Pelajar Menyedari Harapan Guru-Guru dan Mereka Berusaha Untuk Mencapainya.
Setiap murid mempunyai potensi tersendir yang perlu dikembangkan oleh guru dan murid itu sendiri. Potensi-potensi ini bukan sahaja merujuk kepada pencapaian akademik tetapi juga pencapaian dalam bidang sukan, kesenian, reka cipta dan seni pengucapan awam. Guru-guru perlu mewujudkan suasan yang menggalakkan pelajar untuk meneyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga pihak jabatan pelajaran. Guru-guru perlu memberikan sokongan dan galakan kepada pelajar yang menyertai sesuatu pertandingan untuk berjaya. Dengan adanya guru-guru yang sentiasa meyokong mereka dari belakang, murid-murid akan merasakan mereka dihargai dan seterusnya mereka akan mencuba melakukan yang terbaik dalam pertandingan yang mereka sertai itu. Selain itu, dalam bidang akademik pula, walaupun terdapat pelajar-pelajar yang kurang berjaya, mereka tidak didsisihkan oleh guru-guru. Guru-guru sentiasa memberikan kata-kata semangat dan bimbingan kepada mereka untuk berjaya. Dengan adanya kata-kata semangat daripada guru, pelajar-pelajar yang dulunya sudah patah hati untuk belajar kini sudah meraih kembali semagat untuk berjaya hasil galakan guru-guru. Mereka akan berasa malu dan bersalah jika mereka tidak melakukan perubahan sedangkan guru-guru mereka sentiasa mengharapkan mereka untuk berjaya.
Iklim yang Tidak Menghukum
Iklim yang tidak mengkukum bermaksud setiap peraturan yang dikuatkuasakan itu bukan semata-mata hendak menghukum murid, tetapi lebih kepada mendidik. Sebagai contoh, hukuman bagi pelajar yang melakukan vandalisme disekolah seperti merosakkan taman sains ialah dengan mengarahkan mereka kembali untuk membersihkan tama tersebut. mereka dikehendaki menghias kembali taman yang dirosokkan oleh mereka. hukuman-hukuman membina seperti ini akan memupuk perasaan bertanggungjwab dalam diri pelajar. Mereka dapat merasakan sendiri penat lelah dalam menjaga taman sains yang dirosakkan oleh mereka itu. Hukuman-hukuman yang membina juga dapat merupah pelajar yang dulunya pentingkan diri sahaja kepada memiliki sifat simpati terhadap orang lain. 
Iklim Sekolah Yang Berdisiplin
Iklim sekolah yang berdidiplin merupakan keadaan dimana pelajar-pelajarnya mengikuti peraturan-peratuaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid dapat memahami bahawa mereka ditegah daripada bergaduh dengan rakan-rakan, mereka dilarang daripada mencuri, berbohong dan lewat ke kelas. Wujudnya suasana murid-murid yang memahami peraturan-peraturan sekolah akan menjadikan sekolah sebagai zon selamat dan murid-murid keluaran sekolah seperti ini sentiasa berdisiplin dan seterunya bakal menjadi modal insan yang memiliki pegangan hidup yang kuat dan juga berdisiplin.

Friday 22 July 2011

IBNU KHALDUN


IBNU KHALDUN : TOKOH PENGUBAH DUNIA  

Oleh: Mohammad Syah Milandow

BIODATA IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadhan 732 Hijrah  bersamaan dengan 27 Mei 1332 Masihi. Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami. Selain dikenali dengan Ibnu khaldun beliau juga dikenali dengan Abu Zaid. Nama Abu Zaid diambil sempena nama putera sulungnya iaitu Zaid. Beliau juga digelar waliudin. Sultan Zahir Burquq pemerintah Mesir telah menanugerahkan gelaran Waliuddin kepada Ibnu Khaldun yang ketika itu menjadi hakim (kadi) di Mesir.  Namun beliau lebih mahsyur dengan  nama Ibnu khaldun. Nama Ibnu khaldun ini diambil sempena nama datuknya, Khalid bin Usman. Khalid bin Usman merupakan antara golongan pertama yang memasuki Andalusia(Sepanyol) bersama-sama golongan penakluk. Amalan kebiasaan orang-orang Andalusia dan Magribi ialah menambah huruf waw dan nun dibelakang nama orang ternama sebagai tanda penghormatan. Contohnya, Khalid menjadi Khaldun.  Keturunan Khalid bin Usman dikenali dengan nama Bani Kahldun dan individu-individu terkemuka yang lahir dari keluarga ini juga akan dikenali sebagai Ibnu Khaldun. 

Ibnu Hazm didalam kitabnya Jumhuratu al-Ansabi al-`Arab mencatatkan bahawa keluarga Ibnu Khaldun berasal dari wilayah Hadramaut, Yaman. Nasab keturunan nenek moyang Ibnu Khaldun berasal daripada Wali bin Hujr, seorang sahabat nabi yang diutuskan bersama-sama Muawiyah bin Abi Sufiyan ke Yaman untuk mengajarkan Al-Quran. Kehidupan Bani Khaldun berpindah randah dan tidak menetap disesuatu kawasan selamanya. Nenek moyang Ibnu Khaldun pernah  menetap di Hadaralmaut Yaman, Seville Sepanyol dan Tunis, Tunisa. Ibnu Khladun lahir dalam keluarga yang terkenal. Kedua-dua datuk ayah dan ibunya merupakan aktivis politik di Sevillie. Moyangnya, Abu Bakar bin Muhammad pernah menjawat menteri dalam negeri Tunisa dan seterusnya menjadi gabernor di Tunisia. Manakala datuknya Muhammad bin Abu Bakar pula merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam megurusi Hijabah. Selain itu, Yahya Ibn Khaldun abang kepada Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuan yang telah menulis sejarah Dinasti Abdalwadid. Ibnu Khaldun telah menjawat banayk jawatan-jawatan penting dalam hidupnya. Beliau telah dilanting menjawat beberapa jawatan penting di Tunisia, Moroko, Bougie, Algeria dan juga Mesir. Ibnu Khladun wafat di kaherah Mesir pada 25 Ramdhan 808 Hijrah bersamaan dengan 19 Mac 1406 Masihi. Umurnya selama 76 tahun telah digunakan dengan sebaik-sebaiknya.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN

Sewaktu Ibnu Khaldun membesar, Tunisa merupakan tempat para ulamak  dan ilmuan Andalusia berkumpul. Hal ini demikaian kerana, kekacauan dan pergolakan politik telah berlaku pada zaman itu sehingga mendesak para ilmuan untuk berhijrah meninggalkan Andalusia dan kebanyakan dari mereka telah berhijah ke Tunisa. Melihat kepada kelebihan ini, bapa Ibnu Khaldun telah menggalakkan anak-anaknya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan ilmuan dan ulama-ulama besar yang berada di Tunisa. Tambahan pula, keluarga Ibnu Khaldun sememangnya dikenali dengan kehebatan mereka dalam bidang keilmuan. bapa Ibnu Kaldun sendiri merupakan seorang ahli ilmu dan sastera.  Beliau telah menjadi guru Bahasa Arab kepada Ibnu Khaldun. Beliau sanggat menekankan soal pendidikan terhadap anak-anaknya. Beliau sentiasa menggalakan anak-anaknya untuk menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh ilmuan yang berada di Tunisa ketika itu. 

Ibnu Khaldun telah membesar dalam keadaan yang sanggat cintakan ilmu. Beliau telah mempelajari Al-Quran semasa masih kecil dan menghafalnya ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut berbagai ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logik, falsafah dan matematik daripada beberapa ulama yang terkenal. Antaranya ialah, Muhammad bin Sa’ad bin Burral al-Anshari, Muhammad bin Bahr, Muhammad bin al-Arabi al-Hushari, Muhammad bin Sulaiman As-syaththi. Selain itu, beliau telah mempelajari ilmu fiqih Maliki daripada ulama terkenal,  Abu Abdilah Muhammad bin Abdillah al-Jayyani al-Faqih Al-Maliki. Terdapat dua ulama besar yang telah banyak mempengaruhi pemikiran Ibnu Khaldun pertamanya ialah Muhammad bin Abdil Muhaimin Bin Abdi  l-Muhaimin al- Hadlrami. Ibnu khaldun telah mempelajari hadis, biografi, dan ilmu-ilmu bahasa daripadanya. Keduanya ialah, Abu Abdillah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abilli yang merupakan pakar dalam ilmu logik, matematik, metafizik, fizik, falak dan muzik.  Semasa Ibnu Khaldun di Fez, belaiu telah mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Antara kitab-kitab yang pernah dipelajari oleh Ibnu Khaldun ialah Al-lamiyah Fi l-Qiraat dan Ar-Ra’iyah Fi Rasmil-Mushaf, kedua-duanya merupakan karya Asy-Syathibi. At-Tashil Fi ‘Ilmi l-Nahwi karangan Abdul Faraj Al-Asfahani, sebahagian besar kitab-kitab hadis terutamanya Sahih Muslim dan kitab Muwatta' karya Imam Malik.

PERIBADI IBNU KHALDUN

Ibnu khaldun merupakan seorang yang sangat berani. Beliau hidup didalam zaman yang sering berlaku pergolakan, pembunuhan pemimpin, penggulingan sultan, fitnah terhadap pemimpin dan ancaman dipenjarakan. Namun, Ibnu Khladun tidak sekali-kali takut dengan keadaan politik yang tidak stabil ini. Malah belaiu sendiri telah menjadi ahli politik pada zaman yang penuh dengan pergolakan. Ibnu khaldun sendiri pernah dipenjarakan selama dua tahun oleh Sultan Abu Anan. Berdasarkan pengalaman, pengamatan dan penghayatan beliau dalam dunia politik, beliau mampu menghasilkan tulisan-tulisan yang sangat bermanfaat untuk generasinya dan generasi masa hadapan.

Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tugas-tugas rasmi beliau tidak pernah menghalang belliau daripada menuntut ilmu. Semasa Ibnu Khaldun di Kota Fez, beliau telah dilantik oleh Sultan Abu Anan untuk menjawat jawatan setiausaha dan beberapa jawatan penting yang lain. Disebalik kesibukan hariannya, Ibnu Khladun sempat untuk berguru dengan ulama-ulama dan saterawan yang telah berhijrah dari Tunisa ke Fez akibat serangan wabak taun yang serius di Tunisia.  Semasa di Fez ibnu khaldun telah berguru dengan Lisanuddin bin Al-khatib, pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Tambahan pula pada ketika itu, perpustakaan di Fez dikatakan perpustakaan Islam terlengkap pada masa itu. Keadaan di kota ini sangat membantu Ibnu Khaldun dalam menimba ilmu pengatahuan.

Ibnu Khaldun merupakan seorang ahli pemikir yang melangkaui zaman. Beliau telah menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang berkisar mengenai ilmu sosiologi. Kaedah-keadah pengkajiannya terhadap sejarah berbeza dengan keadah sedia ada kerana ahli sejrah sedia ada hanya mencatat sejarah sebagai fakta. Contohnya ahli sejrah sedia ada mencatatkan nama peristiwa dan tahun berlaku peristiwa tersebut. Namun berlainan dengan Ibnu Khladun, beliau bukan sekadar mencatatkan peristiwa malah beliau membincangkan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut. tulisan-tulisan kreatif Ibnu Khldun ini berdasarkan pengalaman dan pemikiran kreatifnya  sehingga Berjaya menjadikan sejarah sebagai satu bidang ilmu yang unggul. Ini terbukti apabila buku-bukunya telah dikaji oleh masyarakat dunia.

Selain itu, Ibnu Khaldun mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Beliau telah mewarisi sifat ini daripada nenek moyangnya. Beliau telah menjawat banyak jawatan penting sepanjang usianya antaranya ialah setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota Majlis Ilmiah. anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah) di Mesir. Ibnu Khldun menjawat jawatan penting dipelbagai negeri dan pelbagai kerajaan pemerintah. Hal ini disebabkan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya untuk mengemukakan idea-idea bagi memajukan negara. Tambahan pula, Ibnu Khaldun mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri-negeri tersebut sehingga beliau ditawarkan beberapa jawatan penting oleh kerajaan.

Ibnu Khaldun merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Ketika Ibnu Khaldun menjadi setiausaha kepada Sultan Annan di Talmasan, belaiu cuba merancang untuk membebaskan pemimpin Bijaiyah yang telah dipenjarakan selepas kerajaanya digulingkan. Namun nasib tidak menyebelahi Ibnu Khladun. Sultan mengetahu perancangannya itu dan telah murka kepada Ibnu Khaldun. Beliau telah dipenjarakan oleh sultan selama dua tahun. Selama didalam penjara, beliau sentiasa berusaha untuk menghubungi sultan bagi meminta keampunan dari baginda sultan. Ketika inilah Ibnu Khaldun telah mengarang bait-bait syair yang telah menyentuh perasaan Sultan Annan sehingga baginda menjanjikan pembebasanya. Peristiwa ini menunjukkan Ibnu Khaldun sanggat pandai menggunakan syair untuk menarik belas kasihan sultan. Tambahan pula, masyarakat sememangnya terkenal dengan kebolehan bait-bait syair yang menyentuh hati.

Keperibadian lain Ibnu Khladun ialah beliau merupakan seorang yang pentingkan pengajian Al-Quran. Sebagai seorang yang hafiz al-quran, beliau begitu menyanjung tinggi akan kehebatan Al-Quran. Beliau telah mengatakan “Ketahuilah bahwa pendidikan Al-Quran termasuk syiar agama yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia Islam dapat meresap ke dalam hati dan memperkuat iman. dan pengajaran al-quran pun patut diutamakan sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain.”

Sepanjang hidup Ibnu khaldun, beliau sentiasa difitnah oleh musuh politiknya dan dikianati oleh pemerintah yang zalim. Namun, beliau sentiasa bersabar dan bijak mengatur stategi untuk menyelamatkan dirinya daripada dipenjarakan dan dihukum bunuh. Sebagai contoh, ketika di Mesir Ibnu Khaldun telah diberi kepercayaan untuk mengetuai badan kehakiman oleh Sultan Zahir Barqa. Ibnu Khaldun cuba membawa reformasi terhadap badan kehakiman yang ketika itu sedang berhadapan dengan masalah amalan rasuah. Ibnu Khaldu telah membawa perubahan dalam bidang kehakiman ini dengan melakukan pembaharuan dalam undang-undang. Segala usaha murni Ibnu Khladun ini telah dicemari dengan fitnah oleh musuh-musuh politiknya sehinggakan sultan melucutkan jawatan ketua hakim daripada ibnu khaldun. Kemudian beliau telah mengasingkan diri dengan mengerjakan haji dan melawat masjid Al-Aqsar. Kemudian beliau pulang semula ke Mesir. Sultan ketika itu telah menyedari bahawa Ibnu Khaldun berada pada pihak yang benar dan telah menjadi mangsa fitnah. Baginda dengan berbesar hati telah memberikan semula jawatan ketua hakim kepada Ibnu Khaldun.

KARYA IBNU KHALDUN

Ibnu khaldun telah menghasilkan beberapa karya yang sangat bermutu dan diterima pakai sehingga hari ini. Karya-karya Ibnu khaldun telah dikaji dan diterjemah dalam pelbagai lidah bahasa.

Kitab “Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar”

Kitab ini terdiri dari muqaddimah dan tiga bab yang dibincangkan dalam tujuh jilid.  Mukadimah dan bab satu kepada kitab ini dimuatkan didalam satu jilid yang dikenali sebagai “Muqaddimah Ibnu Khaldun”. Kitab ini dikarang oleh Ibnu Khaldun sekitar tahun 779 hijrah/ 1377 masihi semasa beliau tinggal di benteng Ibnu Salamah di Aljazair, Algeria. Ibnu khaldun mengambil masa selama lima bulan untuk menyiapkan kitab Muqaddimah. Kitab ini dikarang berdasarkan catatan-catatan Ibnu Khladun dan rujukan-rujukan di benteng Ibnu Salamah.

Melalui kitab ini, Ibnu Khaldun telah menanalisis mengenai gejala-gejala sosial yang berlaku. Kitab ini mengandungi pendahuluan dan enam  bab yang membincangkan mengenai pelbagai aspek.

Pendahuluan kepada buku ini terkandung di dalam tujuh muka surat yang membicarakan mengenai  kajian-kajian yang dilakukan oleh ilmuan-ilmuan sebelumnya. Ibnu Khaldun telah mencatat kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian ilmuan terdahulu. Antaranya ialah beliiau menyatakan sejarawan-sejarawan telah menghasilkan karya-karya yang tidak asli yaitu dengan menciplak karya-karya sebelumya. Tambahan pula, mereka tidak cuba untuk menambahkan ilmu pengatahun.Sejarawan sesudah meraka itu adalah muqallid (pengikut tradisi) dan tidak mengenali sesuatu yang asli serta tumpul akal dan mereka tidak berusaha untuk mengatasi ketumpulan itu (Khaldun, 1379). Didalam pendahuluan kitab ini, pembaca akan dapat memahami sebab mengapa Ibnu Khaldun telah mengarang kitab ini. Ibnu Khaldun mengarang kitab ini hasil kesedaranya terhadap kaedah penulisan sejarah pada masa itu yang banyak mempunyai kelemahan. Melalu kitabnya ini, beliau cuba untuk menyingkap keadaan yang berlaku di pelbagai generasi. Beliau cuba untuk mengubah cara penilaian ahli sejarah terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku melalui kitab-kitab yang dikarangnya ini. Diakhir bahagian ini, Ibnu Khaldun telah merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada Sultan Moroko Barat,Sultan Abdul Aziz bin Hassan Al-Mazini. Satu naskah buku ini telah diberikan kepada Sultan Tunisia, Abu Abbas.

Pada Bab Kedua dan Ketiga, buku ini pula ia membincangkan sebab-sebab yang membezakan karekter antara masyarakat primitif dengan masyarakat modern. Selain membincangkan  bagaimana sistem pemerintahan dan urusan politik dalam masyarakat terutamanya masyarakat arab Badwi. Manakala bab empat pula berkisar perkembangan kota-kota dan perbezaanya dengan kota yang lain. Antara lainnya beliau mengaitkan perkembangan kota dan petempatan manusia dengan pengaruh geografi. Seterusnya bab lima memaparkan pandangan-pandanganya terhadap  ekonomi individu, ekonomi masyarakat dan ekonomi negara. Akhir sekali bab enam menghuraikan pedagogi ilmu dan cara mempelajarinya. 

Seterusnya bahagian kedua kitab Al-Ibar ditulis dalam empat jilid membahaskan mengenai sejarah kehidupan bangsa arab. Ibnu Khaldun telah membahaskan mengenai sejarah keturunan arab sejak mereka diciptakan sehingga zaman kehidupan Ibnu Khaldun. Selain itu, Ibnu Khladun turut membicarakan mengenai sejarah perkembangan Islam dan sejarah perkembangan masyarakat timur. Selain itu, bahagian kedua kitab ini juga membahaskan mengenai sejarah perkembangan masyarakat dan negara sezamannya. Antaranya ialah kaum Suryani, Parsi, Bani Israel, Qibti, Yunani, Romawi, Turki dan kaum Eropah.

Manakala bahagian terakhir kitab ini membicarakan mengenai, sejarah kehidupan kaum Barbar dan sejarah kehidupan masyarakat pesisir barat. Ibnu Khaldun telah menerangkan perihal raja-raja yang mempunyai rumah-rumah di pesisir barat. Kitab ini diakhiri dengan jilid tujuh yang membicarakan mengenai bibilorafi Ibnu Khaldun. Jilid tujuh delengkapi dengan catatan sejarah kehidupan Ibnu Khladun yang berjudul “Ta’rif Ibnu Khladun Mu’alliful Kitaab, wa Rihatuhu Gharban wa Syarqan” yang bermaksud Bibiliografi Ibnu Khaldun Sang Penulis Buku, Serta Riwayat Perjalannya ke Daerah Timur dan Barat.

Karya-karya lain yang bernilai sangat tinggi diantaranya, “Lubab al-Muhassal fi Ushul ad-Diin” yang merupakan sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi. Ia adalah ringkasan dari kitab “Muhassal Afkaar al-Mutaqaddimiin wa al-Muta’akh-khiriin”  karya Imam Fakhruddin ar-Razi. Selain itu, Ibnu Khladun juga telah mengarang sebuah buku Matematik. Bagaimanapun,buku matematik ini sudah tidak wujud lagi.

Pengaruh pemikiran Ibnu Khladun dalam bidang sejarah, falsafah sejarah,sosiologi, sains politik dan pendidikan amat besar sehinggakan buku-bukunya telah diterjemah dalam banyak bahasa timur dan barat antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Turki dan juga Bahasa Melayu. Kitab muqddimah dikenali dalam bahasa inggeris dengan nama “Prolegomenon” dan juga  “An Arab Philosophy of History”.  Kitab –kitab yang telah diterjemah kedalam bahasa lain sentiasa dikaji dan diperbaharui

SUMBANGAN IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun : Pengasas Ilmu Sosiologi

Dunia telah mengiktiraf Ibnu Khladun sebgai bapa sosiologi kerana dia telah melakukan revolusi terhadap pengkajian sejrah yang sedia ada. Dalam kajian sejarah beliau, beliau telah memperluaskan bidang pengkajian sejarah dengan menfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua ketogori asas. Ketogori pertama ialah akal. Manakala ketogori kedua pula ialah undang-undang sosial dan fizikal keadaan setempat. Selain itu, dalam kajian sejarah beliau, Ibnu Khaldun telah menekankan kepada empat pekara dalam menanalisis sesuatu peristiwa sejarah. Pertama sekali beliau mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat. Keduanya ialah beliau membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang. Seterusnya Ibnu Khaldun mengambil kira kesan terhadap persekitaran. Perkara kempat pula ialah beliau mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi.

Seluruh dunia berterima kasih kepada Ibnu Khladun kerana jasa beliau dalam memperkenalkan skop kajian baru dalam sejarah. Beliau merupakan orang yang pertama menganalisis sesuatu peristiwa dengan menekankan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku Beliau merupakan insan yang pertama yang mengkaji sejarah dari skop sebab dan akibat. Ibnu Khaldun juga mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka. Ahli-ahli sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan oleh Ibnu Kaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, kaedah yang dibawa Ibnu Khaldn ini lebih teliti dan tepat berbanding dengan keadah lama yang hanya merekod sejarah tanpa memahami sebab-sebab sebenar yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku.

Selain itu, Ibnu Khaldun telah meninggalkan teori yang amat berguna dalm mengkaji sesebuah usia kerajaan. Beliau membuat teori bahawa purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan kepada empat tahap. Pertamnya ialah primitive, keduanya ialah pemilikan, ketiga beradab dan kemakmura. Tahap keempat pula ialah kelemahan dan  kerosakan. Teori ini telah digunakan oleh ahli-ahli sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangunya sesebuah kerajaan,

Selain itu, ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan
sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Mas’udi. Manakala, Dr. Bryan S. Turner, pakar sosiologi di Universiti of Aberdeen, Scotland dalam artikelnya “The Islamic Review & Arabic Affairs” telah mengulas tentang karya-karya Ibnu Khaldun. Beliau menyatakan, “Tulisan-tulisan sosial dan sejarah dari Ibn Khaldun hanya satu-satunya dari tradisi intelektual yang diterima dan diakui di dunia Barat, terutama ahli-ahli sosiologi dalam bahasa Inggeris. Salah satu tulisan yang sangat menonjol dan popular adalah Muqaddimah (pendahuluan) yang merupakan buku terpenting tentang ilmu sosial dan masih terus dikaji hingga saat ini”. Beliau juga mengangap Ibnu Khladun sebagai orang yang pertama yang mencuba menerangkan dengan lengkap evolusi dan kemajuan sesuatu masyarakat melalui sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku dan juga pengaruh persekitaran. Selain itu, Jamil Ahmad seorang ilmuan Pakistan melalui bukunya “Seratus Muslimin Terkemuka” menyatakan “cendikiwan-cendikawan barat terhutang budi pada rakyat Tunisia yang cendikiwan ini kerana bimbingannya dalam bidang sosiologi.

Sumbangan Dalam Ekonomi

Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh ekonomi Islam yang unggul mendahului tokoh-tokoh ekonomi barat seperti Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Beliau telah membahagikan sector ekonomi kepada tiga bahagian iaitu, sektor pengeluran, pertukaran dan khidmat awam. Dalam tulisanya beliau amat menitik beratkan soal ekonomi. Ini adalah kerana, menurut pandangan Ibnu Khladun, ekonomi yang baik dan makmur dapat memberi memberi kesenangan hidup kepada rakyat disamping dasar-dasar pemerintah yang baik. Keadaan ini akan  melahirkan para perniaga yang baik dan berjaya. Beliau juga memberi panduan dalam bidang pencukaian. Pendapat-pendapat beliau dalam bidang percukaian telah mempengaruhi presiden Amerika Syarikat, Presiden Reagan untuk menggunakan pandangan percukaian Ibnu Khladundidalam pemerintahnya. Presiden Reagan dengan terang-terangan telah memuji pandangan Ibnu Khladun dalam bidang percukaian. Selain itu, Ibn Khaldun sempat memajukan beberapa perkara penting dalam bidang ekonomi dan teori kewangan. Beliau telah membuktikan bahawa dalam beberapa keadaan masyarakat, pendapatan kerajaan yang lumayan tidak akan menjejaskan ekonomi secara menyeluruh sedangkan dalam keadaan yang lain pula, sebuah kerajaan yang kurang makmur mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan perbelanjaan kerajaan.
 
Sumbangan Dalam Penulisan

Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti oleh penulis-penulis buku kini. Itu penulisan autografi pengarang pada akhir buku. Ibnu Khladun melalui kitab agung nya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh, jilid terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan sejarah hidupnya secara terperinci dan setiap peristiwa dalam hidupnya dicatat oleh Ibnu Khaldun. Antara yang ditulis oleh Ibnu Khladun ialah sejarah pendidikannya, jawatan-jawatannya dan peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Penulis-penulis buku telah meniru cara Ibnu Khladun ini. Cuba kita lihat pada buku-buku di pasaran. Di bahagian luar buku-buku pasti aka nada autografi si pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang dibawa oleh ibnu kahldun, si pemikir agung.

Bibliografi


Ahmad, J. (1988). Seratus Muslim Terkemuka. Kuala Lumpur: Syarikat S Abdul Majid.
Ali Abdul Wahid Wafi. (1985). Ibnu Khaldun : Riwayat dan Karyanya. Jakarta: Penerbit PT Grafitipers.
 Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2.  Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Ijazah             Sarjana Muda Perguruan. Shah Alam, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Fakhry, M. (1970). A History Of Islamic Philisophy. London: Longman Group.
H. Rus'an. (1985). Ibnu Khaldun Tentang Sosial dan Ekonomi : Beberapa Teori.Singapura: Kerjaya Printing Industries Pte. Ltd.
Haddad, K. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.
Halawah. (2010, May 14). Halaqah. Didapatkan Februari 19, 2011, daripada Ulama dan Tokoh: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6328.0
Hapiz, A. H. (2007, Febuari). Ibnu Khaldun:Bagaiman Umurnya Dimanfaatkan. Majalah MAIS, pp. 21-23.
Ismail Yaakub. (1983). Muqaddimah Ibnu Khaldun : Suatu Pendahuluan. Singapura:                     Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Jamaludin, N. (2007, Julai). Ibn Khaldun Dan Muqaddimahnya. Al-Islam, pp. 54-55.
Khalid Haddad. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Batu Caves, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Mahadi Shuid, Rumaizudin Ghazali, Haslina Mansor. (2006). Teks Pra-U STPM : Tamadun Islam. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Syed Othman Al-Habshi, N. M. (1995). Islamic Civilization:Present and Future Challanges. Kuala Lumpur: IKIM.

    





Plus Minus Interesting (PMI) Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran






Tuesday 28 June 2011

Ewell dan Gagne


PRINSIP – PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL (1997)

Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip
pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan
kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.

1. Penglibatan Aktif

Mengikut Ewell (1997) ’’the learner is not 'receptable’ of knowledge, but rather creates
his or her learning actively and uniquely’’
Dalam hal ini pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif
dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada
mereka. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan
bahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang diperlukan.Mayer
(2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif. Pelajar yang terlibat dengan
aktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah, mengemukakan
cadangan, memberikan pengertian baru kepada sesuatu topik,dan berkebolehan untuk
menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru ( Ewell 1997)


2. Perkaitan dan Corak

Mengikut Ewell (1997) “involves actively creating linkages among concepts, skill
elements,people and experiances” (p.7) Prinsip ini menerangkan bagaimana pelajar
mempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak serta
perkaitannya daripada situasi pembelajaran. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat
mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai
kaitan dan bentuk yang tertentu. Mengikut Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitan
dengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana
maklumat boleh digunakan pada masa hadapan.

3. Pembelajaran Informal

Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktu
pengajaran tetapi boleh berlaku di mana–mana sahaja serta pada bila-bila masa.
Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik
darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contoh program lawatan sambil
belajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu yang baru.
Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu pengetahuan diperoleh
akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya,
orang yang lebih dewasa atau persekitaran.
4. Pengalaman Langsung
Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin dikaji. Aktiviti seperti ini membantu pelajar membentuk pemahaman terhadap apa-apa
yang dipelajari. Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya amat
diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang
sesuatu. Pelajar dapat menemukan dan meneroka serta mengalaminya sendiri dan
bukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain.

5. Situasi Mendesak.

Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimum
berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang
memerlukan penyelesaian tertentu. Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang
mendesak dengan pengalaman secara langsung dengan sesuatu yang benar-benar
berlaku, maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi pelajar
tersebut. Hal ini berlaku disebabkan terdapat satu keseimbangan antara cabaran
dengan peluang dalam mana-mana situasi pembelajaran. Jika pelajar menghadapi satu
situasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.

6. Maklum Balas Berterusan

Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian
tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan
kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta
supaya pelajar tidak melakukan kesilapan. Pelajar boleh mendapatkan maklum balas
daripada guru dan rakan-rakannya tentang prestasinya dan dengan cara ini mereka
dapat meningkatkan kemampuan prestasinya.

7. Sesuatu yang menyeronokkan.

Pembelajaran perlu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997)
maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam
persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada
guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi
konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan
pembelajaran.

8. Refleksi

Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya
terhadap diri kita. Ia merupakan satu usaha bermakna untuk menjiwai proses
pengajaran dan pembelajaran,membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengan
keperluan pelajar (Noraiti, Boon & Sharifah, 2009) Pelajar dapat mengawal
pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untuk
melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.

PRINSIP PEMBELAJARAN GAGNE


Sekarang mari kita melihat pula jenis-jenis pembelajaran yang dikemukakan oleh Gagne
(1985). Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai ”a change in human disposition or
capability, which persist over period of time and which is not simply ascribe to processes
of growth”.
Dalam bukunya, Gagne (1985) telah mencadangkan lima jenis pembelajaran utama
yang mana setiap satunya memerlukan cara pengajaran yang berbeza. Kelima-lima
jenis pembelajaran tersebut ialah :

1. Kemahiran intelek

Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan ’procedural ’ seseorang individu.
Gagne (1985) telah menganalisis satu episod pembelajaran yang terdiri daripada
pelajar, suatu situasi rangsangan yang merupakan episod-episod yang merangsang
deria pelajar dan satu tindakan atau respons yang terhasil akibat rangsangan.

Antara kategori kemahiran intelek yang dikemukakan oleh Gagne ialah :

a) Pembelajaran Isyarat - dimana individu bertindak balas terhadap terhadap
sesuatu signal.
b) Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang
berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.Melalui pembelajaran ini, pelajar
dapat menerangkan konsep, menggunakan rumus,prinsip dan membuat
generalisasi.
c) Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek dan
peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu.
d) Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri tertentu,
untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.
e) Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,
rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah
dalam sesuatu situasi baru.
f) Rantaian – satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan – respons
dikuasai
g) Asosiasi Verbal – satu pembelajaran rantaian berbentuk verbal
Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugasan menunjukkan pembelajaran berlaku
secara berperingkat (hierarchy) iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada
peringkat paling kompleks.Perkara penting dalam hierarki ini ialah mengenal pasti
prasyarat yang harus disempurnakan untuk memudahkan cara pembelajaran pada
setiap peringkat.

2. Maklumat Verbal
Pembelajaran jenis ini merujuk kepada kebolehan seseorang mengungkap sesuatu
peristiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan.Untuk membolehkan seseorang
individu dapat melakukan sedemikian, dia perlu mempunyai kemahiran intelek dalam
mengungkap atau menyebut sesuatu pernyataan, konsep,prinsip-prinsip atau prosedur.

3 Strategi kognitif
Strategi kognitif pula merupakan kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat
mengawal sendiri proses -proses dalaman seperti memberi perhatian, belajar,mengingat
dan memikir sesuatu.Untuk membolehkan kemahiran intelek ini diperoleh, pelajar perlu
menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi
mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.

4. Kemahiran Psikomotor
Merupakan kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dengan
tepat dan betul. Pembelajaran jenis ini melibatkan beberapa tahap iaitu pelajar akan
belajar urutan yang berkenaan, kemudian mengamalkan pergerakan psikomotor
tersebut dan akhirnya pemurnian pergerakan tersebut berasaskan maklum balas
daripada persekitaran mereka.

5. Sikap
Gagne (1985) menyatakan sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang
mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. Sikap seseorang dapat diperlihatkan melalui
tingkah laku yang ditunjukkannya.Sikap boleh dipelajari dan dikuasai melalui
pengalaman dan pemerhatian.Untuk memupuk sikap yang diingini, guru perlu
mengaitkan kejayaan dengan sikap yang tertentu atau penggunaan model yang boleh
memupuk sertai mengukuhkan tingkah laku positif.Selain itu, perlu pengukuhan supaya
tingkah laku yang diingin dapat dimanifestasi.