Monday 23 May 2011

Kelemahan Model Kurikulum Tyler


Kelemahan model Tyler

Para pengkritik mendapati Model Tyler mempunyai beberapa kelemahan utama seperti berikut:

a.         Terlalu tertakluk kepada objektif.
Ini kerana dalam keadaan sebenar, perkembangan kurikulum boleh bermula dengan elemen-elemen lain seperti menentukan kandungan atau menetapkan kaedah. Menetapkan objektif pada peringkat awal juga dilihat sebagai menghadkan bilangan objektif di samping mengekang kreativiti.

b.         Terlalu linear.
Menggunakan model ini perlu mengikut langkah-langkah tertentu iaitu menentukan objektif dulu, kemudian memilih kandungan, dan seterusnya menetapkan kaedah dan penilaian. Penilaian pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai program dilaksanakan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi (Rajah 6). Dalam model ini, keempat-empat elemen diambilkira serentak dalam proses perkembangan kurikulum. Dengan cara ini, proses perkembangan kurikulum menjadi lebih interaktif, dinamik, fleksibel, cyclical (edaran) dan menyeluruh.


No comments:

Post a Comment