Sunday 24 July 2011

IKLIM-IKLIM SEKOLAH YANG DAPAT MENYUMBANG KE ARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG HARMONI DAN SEIMBANG.

Milandows said:

Malaysia merupakan sebuah Negara yang rancak membangun dari pelbagai aspek. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan pemerintah untuk memajukan Negara Malaysia antaranya ialah melancarkan Wawasan 2020 yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh hal yang demikian, Negara sangat memerlukan modal insan untuk merealisasikan impian dan cita-cita tersebut supaya menjelang tahun 2020 nanti, kita tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga mahir dari luar untuk memajukan Negara tercinta ini. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia bematlamat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis bagi mengisi keperluan dalam Negara. Sekolah merupakan tempat yang terbaik untuk dijadikan kilang pengeluar modal insan yang berpotensi tinggi dalam memajukan Negara. Justeru, iklim disekolah perlu berada dalam keadaan yang cemerlang bagi menjayakan hasrat ini. Hal ini demikian kerana, menurut Howard (1974) iklim sekolah ialah keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Jika keadaan iklim sekolah berada dalam keadaan yang baik maka sudah semestinya dapat menghasilkan murid-murid yang seimbang dan harmonis.

Halpin dan Croft (1963) merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana seorang guru berusaha untuk mencapai tahap organisai iklim sekolah berkenaan. Manakala mengikut Moss (1979), Iklim sekolah didefinisikan sebagai suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) pula mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui risalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Visi, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah mendefinasikan insan yang seimbang dan harmonis sebagai insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat berkerjasama dengan orang lain.

Iklim Sekolah yang Terbuka

Iklim sekolah yang terbuka ialah dimana keadaan disekolah itu sentiasa hidup dan bersemangat. Iklim seperti ini akan menggalakkan murid untuk bebas berinteraksi sesama murid dan juga bebas berinteraksi dengan guru. Apabila murid berasa bebas untuk berinteraksi maka akan berlaku komunikasi secara sihat dan murid tidak takut untuk mengajukan soalan-soaln kepada guru dan juga kepada rakan-rakan mereka. secara tidak langsung kemahiran komunikasi murid-murid akan meningkat. Selain itu, iklim yang terbuka akan menjadikan murid bebas untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Ketika aktiviti sukan sekolah, setiap daripada mereka berpeluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Murid-murid akan berasa seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan kerana mereka boleh menyertainya secara aktif. Nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, kerjasama, teamwork, toleransi akan terbina sepanjang aktiviti-aktiviti seperti ini. murid-murid akan menyertai pertandingan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan rumah sukan mereka menang. Maka akan lahirlah murid-murid yang memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas serta mereka boleh berkerjasama dengan orang lain dalam satu pasukan.

Bagi pihak guru pula, iklim sekolah yang terbuka akan membina suasana kerja yang mesra dan tenteram. Guru-guru akan berasa tenang untuk berkerja dan seterusnya mereka dapat mengambil perhatian terhadap kemajuan murid-muridnya. Keadaan ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Halpin dan Croft (1963) yang mengatakan salah satu ciri iklim sekolah yang berkesan ialah apabila guru-guru berasa tenteram dan mengambil perhatian terhadap kemajuan murid-muridnya. dengan itu, guru-guru akan sentiasa memberikan khidmat terbaik semasa berkerja. Apabila guru-guru mengajar dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan pedagogi yang tepat, maka kesan yang positif akan diterima kepada anak murid. iklim sekolah yang terbuka seperti inilah yang bakal melahirkan murid-murid yang aktif, berdedikasi, berkerjasama, berkreativiti tinggi, bermotivasi dan berinsiatif tinggi.

Iklim Sekolah Yang Ceria
Iklim sekolah yang ceria lebih menjurus kepada aspek fizikal sekolah tersebut. Keceriaan sekolah meliputi kebersihan sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang sempurna, suasana yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran serta keindahan sekolah. Iklim sekolah yang ceria amat penting untuk melahirkan susana pembelajaran yang kondusif. Suasana pembelajaran yang kondusif akan merangsang minat belajar para murid. Sebagai contoh, kelas yang tidak mempunyai kelengkapan yang cukup seperti kerusi dan meja akan melahirkan rasa tidak selesa pelajar untuk belajar. Ditambah pula dengan keadaan kelas yang berhabuk dan kotor sudah semestinya akan menggangu proses penyampaian ilmu oleh guru. Berbeza dengan keadaan kelas yang meja-mejanya dibalut, papan tanda dihias dengan menarik, susunan mejanya teratur, kelengkapan-kelengkapan asas berfungsi dengan baik dan keadaan kelas yang bersih dan ceria sudah pasti akan suasana yang dapat menaikkan semangat murid untuk belajar. Susana sekolah yang ceria dan kondusif dapat melahirkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Iklim Sekolah Yang Mesra
Iklim yang mesra ialah keadaan anggota sekolah saling hormat-menghormati dan hidup dalam satu kerukunan yang utuh. Iklim yang mesra memiliki guru-guru yang baik budi pekertinya. Apabila murid mempunyai masalah, guru-guru tidak lokek untuk memberi bantuan. Murid-murid pula bergaul sesama pelajar secara sihat. Mereka menuturkan kata-kata yang sopan apabila bercakap sesama sendiri. Apabila guru dan pelajar bertembung, murid dengan rasa hormat memberikan ucapan salam kepada guru-guru mereka. senyuman pula tidak lekang daripada bibir guru-guru. Budaya-budaya mesra seperti ini akan mewujudkan suasana interaksi yang sihat didalam sekolah. Murid-murid yang dididik dalam suasana seperti ini pula akan memiliki sifat peribadi yang unggul. Selain itu, buaya mesra antara guru dan pelajar akan mengindarkan rasa malu murid untuk bertanya soalan-soalan kepada guru-guru mereka.  
Iklim yang Memberi Galakan Pelajar-Pelajar Menyedari Harapan Guru-Guru dan Mereka Berusaha Untuk Mencapainya.
Setiap murid mempunyai potensi tersendir yang perlu dikembangkan oleh guru dan murid itu sendiri. Potensi-potensi ini bukan sahaja merujuk kepada pencapaian akademik tetapi juga pencapaian dalam bidang sukan, kesenian, reka cipta dan seni pengucapan awam. Guru-guru perlu mewujudkan suasan yang menggalakkan pelajar untuk meneyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga pihak jabatan pelajaran. Guru-guru perlu memberikan sokongan dan galakan kepada pelajar yang menyertai sesuatu pertandingan untuk berjaya. Dengan adanya guru-guru yang sentiasa meyokong mereka dari belakang, murid-murid akan merasakan mereka dihargai dan seterusnya mereka akan mencuba melakukan yang terbaik dalam pertandingan yang mereka sertai itu. Selain itu, dalam bidang akademik pula, walaupun terdapat pelajar-pelajar yang kurang berjaya, mereka tidak didsisihkan oleh guru-guru. Guru-guru sentiasa memberikan kata-kata semangat dan bimbingan kepada mereka untuk berjaya. Dengan adanya kata-kata semangat daripada guru, pelajar-pelajar yang dulunya sudah patah hati untuk belajar kini sudah meraih kembali semagat untuk berjaya hasil galakan guru-guru. Mereka akan berasa malu dan bersalah jika mereka tidak melakukan perubahan sedangkan guru-guru mereka sentiasa mengharapkan mereka untuk berjaya.
Iklim yang Tidak Menghukum
Iklim yang tidak mengkukum bermaksud setiap peraturan yang dikuatkuasakan itu bukan semata-mata hendak menghukum murid, tetapi lebih kepada mendidik. Sebagai contoh, hukuman bagi pelajar yang melakukan vandalisme disekolah seperti merosakkan taman sains ialah dengan mengarahkan mereka kembali untuk membersihkan tama tersebut. mereka dikehendaki menghias kembali taman yang dirosokkan oleh mereka. hukuman-hukuman membina seperti ini akan memupuk perasaan bertanggungjwab dalam diri pelajar. Mereka dapat merasakan sendiri penat lelah dalam menjaga taman sains yang dirosakkan oleh mereka itu. Hukuman-hukuman yang membina juga dapat merupah pelajar yang dulunya pentingkan diri sahaja kepada memiliki sifat simpati terhadap orang lain. 
Iklim Sekolah Yang Berdisiplin
Iklim sekolah yang berdidiplin merupakan keadaan dimana pelajar-pelajarnya mengikuti peraturan-peratuaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid dapat memahami bahawa mereka ditegah daripada bergaduh dengan rakan-rakan, mereka dilarang daripada mencuri, berbohong dan lewat ke kelas. Wujudnya suasana murid-murid yang memahami peraturan-peraturan sekolah akan menjadikan sekolah sebagai zon selamat dan murid-murid keluaran sekolah seperti ini sentiasa berdisiplin dan seterunya bakal menjadi modal insan yang memiliki pegangan hidup yang kuat dan juga berdisiplin.

1 comment:

  1. boleh saya tahu sumber2 yg terdapat pada post ni?

    ReplyDelete